Friday 6 January 2017

Tips Memutihkan Wajah secara Semulajadi - Part 1

Memutihkan wajah dengan Limau Nipis




Cara pertama adalah dengan menggunakan Limau Nipis. Di dalam Limau Nipis terdapat kandungan Antikoksidan yang tinggi terbaik untuk kulit wajah anda. Limau nipis juga bagus untuk mengecilkan pori-pori di wajah anda.

Cara penggunaannya adalah dengan memerah sebiji limau nipis untuk mendapatkan jusnya dan dicampurkan kepada sebiji putih telur ayam. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan dibiarkan selama 20 minit. Selepas itu muka bolehlah dibilas dengan air suam.


Menggunakan Tomato sebagai Masker



Anda boleh mencuba menggunakan Tomato untuk memutihkan wajah anda. Tomato mengandungi Lycopene iaitu Antioksidan yang bagus untuk kulit dan melindunginya daripada sinaran ultra ungu. Tomato juga mengandungi Vitamin C yang baik untuk kecantikan anda!

Kisarkan Tomato dengan sedikit air perahan Limau Nipis. Gunakan pada waktu malam sebelum tidur. Bersih dan keringkan wajah. Sapukan tomato yang telah dikisar tadi seluruh muka termasuk leher. Biarkan selama 10 minit dan bilas muka dengan air biasa. Lakukan secara kerap pada setiap malam untuk kesan yang terbaik!


Menggunakan Lidah Buaya (Aloe Vera)



Lidah Buaya sangat bagus untuk melembapkan wajah dan mengekalkan kebersihan muka. Gel di dalam Lidah Buaya mengandungi nutrisi serta mineral A, B, C dan E yang baik untuk kulit.

Potong sebatang Lidah Buaya, sapukan lendirnya secara merata di wajah anda, biarkan seketika selama 10 minit. Bilaskan dengan air bersih. Boleh dilakukan secara rutin pada waktu pagi dan petang untuk mendapatkan kesan yang menakjubkan!


Menggunakan Minyak Zaitun


Minyak Zaitun memang terkenal dengan khasiatnya dan antara makanan sunnah. Minyak Zaitun sangan bagus untuk menghilangkan tompok hitam pada wajah dan membersihkan sel-sel mati pada wajah anda. Juga ia boleh membantu untuk melembapkan kulit anda.

Caranya mudah dengan mencampurkan Minyak Zaitun dan sedikit Gula Pasir. Kemudian disapukan secara merata ke seluruh muka dengan gerakan memutar seperti menggunakan sabun muka. Lakukan selama 5 minit dan berhati-hati supaya tidak terkena mata kerana akan menyebabkan mata pedih. Billas dengan air biasa. Boleh dilakukan 3 kali sehari untuk kesan yang Ohsem!




Cara Penggunaan Azma Skincare

Mudah dan senang untuk gunakan Azma Skincare.
Ikuti Langkah-Langkah di bawah untuk kesan yang terbaik untuk wajah anda!

5 langkah mudah untuk kulit cantik dan menawan!


Selamat Datang ke Blog Azma Skincare!